Kaedah tradisional seperti berbengkung ini terbukti mampu mengembalikan bentuk badan idaman setiap wanita selepas bersalin.
Berbengkung juga bagus diamal bagi menjaga kesihatan dalaman.
"Bengkung" selalunya dipakai selepas rawatan mengurut, bertungku atau bertangkas. Seeloknya, ia dipakai selama 44 hari sepanjang proses berpantang
Bengkung
RM60.00Price
Antara kebaikan memakai Bengkung untuk ibu berpantang adalah:
- Mengempiskan perut dan memulihkan kulit perut
- Mengembalikan kedudukan peranakan/mengelak rahim jatuh
- Mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin
- Mempercepat proses pengeluaran darah kotor
- Mengelak masalah perut buncit dan menggelebeh
- Menguatkan kembali kedudukan tulang belakang
- Mengurangkan rasa sakit pada perut
Cara Pemakaian:
- Sediakan bengkung. Lapik bengkung dengan kain lain agar tidak kotor. Alas bengkung dengan daun pandan atau lengkuas.
- Sapu herba, rempah atau minyak & krim khas untuk berbengkung pada perut, belakang badan dan paha.
- Pakai bengkung dengan cara berdiri atau berbaring
- Lilit dan ikat bengkung dengan kemas dan ketat
Penting: Pakai bengkung sekurang-kurang selama 5 jam sehari. Ikat bengkung dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Ibu yang bersalin secara caesarean perlu tunggu sekurang-kurangnya hingga sebulan sebelum memakai bengkung.